Thursday, November 29, 2007

..:: Serba Serbi Tentang Pekampungan Daie ::..

1.0 Pendahuluan
Dakwah merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam supaya Islam tersebar dan dapat diamalkan oleh manusia sejagat. Melihat kepada keperluan dan kepentingan ini, maka Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan memperkenalkan suatu projek dakwah kontemporari kepada individu Muslim dalam memahami dunia dakwah yang dinamakan sebagai Perkampungan Daie. Projek ini adalah suatu sub daripada Perkampungan Hadhari yang mana ia lebih fokus kepada aspek dakwah dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Kami merangka projek ini sebagai manifestasi prinsip Islam Hadhari dalam melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama seperti yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia pada hari ini. Justeru, Perkampungan Daie ini kami aturkan dengan diskusi ilmiah, bengkel kemahiran, pameran informasi, penghayatan kepada seni dan kebudayaan, dialog antara agama, hiburan yang mendidik kerohanian, perbahasan dan kupasan intelektual, seminar kemasyarakatan, perbincangan dan aktiviti kebajikan masyarakat. Semuanya dirangkumkan di dalam Perkampungan Daie bagi memenuhi objektif yang telah kami garapkan

2.0 Objektif

Memperkenalkan kemahiran berdakwah kontemporari kepada peserta.

Menjalinkan hubungan dengan masyarakat dalam konteks da’ie dan mad’u.

Meninjau peluang-peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti dakwah.

Memperkenalkan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan kepada masyarakat.

3.0 Tema
“Dakwah Berhikmah, Islam Menyerlah”

4.0 Anjuran

Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

5.0 Sasaran

Seluruh warga Universiti Malaya

Seluruh Institut Pengajian Tinggi

Masyarakat awam

6.0 Tarikh

17 - 24 Februari 2008

7.0 Tempat

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

8.0 Penutup

Besarlah harapan kami agar Perkampungan Daie ini mendapat sokongan dan sambutan yang hangat daripada pelbagai pihak. Semoga dengan sokongan tersebut akan menyemarakkan lagi penghayatan dan kecintaan Muslim terhadap agama, bangsa dan negara.

0 comments:

11hb 2 2008- berlangsung sidang media PD. media yang hadir daripada majalah Anis, akhbar Sinar Harian, akhbar Utusan dan TV9
09hb 2 2008- pertemuan pihak PD dengan Bro. Lim Jooi Soon di Ampang membincangkan berkenaan d'dialog
05hb 2 2008- penambahan peserta d'small starz seramai 2 orang menjadikan keseluruhan penyertaan seramai 7 orang.alhamdulillah..
04hb 2 2008- pihak PD menerima surat daripada MAIWP yang ingin menyumbangkan RM4000, tambahan kepada sumbangan pada 8hb1 2008. Jadi jumlah sumbangan MAIWP keseluruhan ialah RM10.000.
Amanah Raya Berhad memberitahu pihak PD mereka bersedia menyumbangkan barangan untuk keperluan PD. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberitahu pihak PD mereka akan menampung perbelanjaan makanan sepanjang PD dalam kadar tertentu. syukran jazilan serta setinggi-tinggi penghargaan pihak PD ucapkan kepada semua yang sudi menyumbang.
01hb 2 2008- mesyuarat penyelarasan diadakan di kafe kk12
25hb 1 2008- mesyuarat tergempar d'halaqah diadakan.keputusannya d'halaqah terpaksa ditangguh..4 penyertaan d'small starz diterima pihak PD..
23hb 1 2008-perjumpaan besar-besaran sukarelawan PD di Balai Islam kk10
22hb 1 2008- surat-surat d'small starz dihantar ke sekolah-sekolah rendah agama kawasan Lembah Pantai
21hb 1 2008- wakil PD ke pejabat YPEIM untuk memohon sokongan dana
18hb 1 2008- wakil PD berbincang dengan wakil MAIWP tentang kerjasama yang berterusan
17hb 1 2008- pihak PD berbincang dengan wakil Muslim Aid untuk bekerjasama namun tiada sebarang kata putus
15hb 1 2008- tarikh penyertaan d'small starz dilanjutkan lagi setelah mendapat maklum balas yang kurang memuaskan
14hb 1 2008- pihak PD telah menerima sumbangan sebanyak 500 buah majalah daripada Karangkraf
8 hb 1 2008 -
pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju untuk menyumbang kepada PD sebanyak RM 6000. syukran jazilan serta setinggi-tinggi penghargaan pihak PD ucapkan
7 hb 1 2008 - Syarikat Karangfkraf bersetuju untuk menyumbangkan 1000 naskah buku keluarannya kepada pihak PD. syukran jazilan serta setinggi-tinggi penghargaan pihak PD ucapkan
6 hb 1 2008 - rehat
5 hb 1 2008 - rehat
4 hb 1 2008 - Pihak PD ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk memohon sumbangan
3 hb 1 2008 - perbincangan ringkas pihak PD dengan wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). kerjasama dijalinkan.
2 hb 1 2008 - mesyuarat antara pihak PD dengan Unit Dakwah Global Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor (UDG BPI MAIS) berlangsung. Pihak MAIS bersetuju menaja Program D'MASYK.
1 hb 1 2008 -
suatu perbincangan ringkas pihak PD dengan wakil Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya berlangsung
31 hb 12 2007 - gerak kerja call, faks and follow up diteruskan. wakil PD menemui Saudara Nabil (kump. Far East) untuk mengukuhkan perjanjian D'Entertain.
30 hb 12 2007 - emel perkampungan daie telah diaktifkan. sebarang makluman/pertanyaan/cadangan dan sebagainya boleh dihantar ke emel : perkampungan_daie@yahoo.com atau boleh terus post a comment yang tertera dalam blog.
29 hb 12 2007 - beberapa item dirombak dalam blog ini. 1)perbelanjaan meningkat daripada RM 65000 kepada RM 70000. 2)tarikh program d'cine diubah dari 23 hb 2 2008 ke 20 hb 2008. 3)program d'opening bergabung dengan program d'halaqah pada 17 hb 2 2008.
28 hb 12 2007 - mesyuarat antara pihak PD dengan wakil Jamaah Islah Malaysia. kerjasama dijalinkan bagi melancarkan lagi perjalanan PD.
27 nb 12 2007 - pihak penganjur memerlukan dana segera untuk menampung perbelanjaan gerak kerja. setakat ini pihak penganjur hanya menggunakan wang saku bagi menggerakkan jentera projek. diharapkan sesiapa yang sudi membantu dari sudut dana, bolehlah menyalurkannya ke akaun CIMB Bank atas nama Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan : (No Akaun :1440-0009135-05-8). Semoga Allah membalas jasa baik para penyumbang.
26 hb 12 2007 - surat-menyurat tajaan telah diserahkan kepada pihak pengurusan untuk diproses. kumpulan nasyid Far East dipilih sebagai penghibur dalam program d'entertain. 1 mesyuarat antara pihak PD dengan pihak TV9 diadakan. hasilnya, program d'halaqah diubah ke tarikh 17 hb 2 2008 supaya siaran secara langsung dapat diadakan.