Thursday, November 29, 2007

BADAI DAIE MUNCUL KEMBALI MENGGULUNG DI SAMUDERA UNIVERSITI MALAYA. KEMUNCULAN YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH PENCINTA ILAHI. JANGAN LEPASKAN PELUANG MENYERTAINYA. PROGRAM YANG DISAJIKAN BERAROMAKAN KASIH SAYANG, PERSAHABATAN, KEPINTARAN DAN KETENANGAN PASTI MENJADI SANTAPAN JIWA DAN MINDA ANDA.BERSEDIALAH! IA AKAN DATANG KEPADA ANDA. JANGAN BERTANGGUH LAGI, SAHUTLAH SERUANNYA...

..:: Serba Serbi Tentang Pekampungan Daie ::..

1.0 Pendahuluan
Dakwah merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam supaya Islam tersebar dan dapat diamalkan oleh manusia sejagat. Melihat kepada keperluan dan kepentingan ini, maka Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan memperkenalkan suatu projek dakwah kontemporari kepada individu Muslim dalam memahami dunia dakwah yang dinamakan sebagai Perkampungan Daie. Projek ini adalah suatu sub daripada Perkampungan Hadhari yang mana ia lebih fokus kepada aspek dakwah dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Kami merangka projek ini sebagai manifestasi prinsip Islam Hadhari dalam melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama seperti yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia pada hari ini. Justeru, Perkampungan Daie ini kami aturkan dengan diskusi ilmiah, bengkel kemahiran, pameran informasi, penghayatan kepada seni dan kebudayaan, dialog antara agama, hiburan yang mendidik kerohanian, perbahasan dan kupasan intelektual, seminar kemasyarakatan, perbincangan dan aktiviti kebajikan masyarakat. Semuanya dirangkumkan di dalam Perkampungan Daie bagi memenuhi objektif yang telah kami garapkan

2.0 Objektif

Memperkenalkan kemahiran berdakwah kontemporari kepada peserta.

Menjalinkan hubungan dengan masyarakat dalam konteks da’ie dan mad’u.

Meninjau peluang-peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti dakwah.

Memperkenalkan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan kepada masyarakat.

3.0 Tema
“Dakwah Berhikmah, Islam Menyerlah”

4.0 Anjuran

Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

5.0 Sasaran

Seluruh warga Universiti Malaya

Seluruh Institut Pengajian Tinggi

Masyarakat awam

6.0 Tarikh

17 - 24 Februari 2008

7.0 Tempat

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

8.0 Penutup

Besarlah harapan kami agar Perkampungan Daie ini mendapat sokongan dan sambutan yang hangat daripada pelbagai pihak. Semoga dengan sokongan tersebut akan menyemarakkan lagi penghayatan dan kecintaan Muslim terhadap agama, bangsa dan negara.

..:: Nak Tahu Siapa Di Sebalik Tirai Projek? ::..

A.1 Struktur Organisasi Pelaksana Induk Program

PANEL PENASIHAT
Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang (Pengarah APIUM)
Prof. Dr. Ab Aziz Mohd Zin (Pensyarah JDPI)
PENGARAH
Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid

TIMB. PENGARAH
Mohammad Akmal bin Abdul Aziz

SETIAUSAHA
Ustazah Nor Raudah Hj Siren
TIMBALAN SETIAUSAHA
Amira Shazwani Che Abd Ghani

BENDAHARI
Ustaz Roslan Mohamed
TIMBALAN BENDAHARI
Maizatu Akman Ishak
DIVISI PROTOKOL DAN PENGACARAAN
Dr. Fakhrul Adabi Abdul Kadir
Thohirah Shamsuddin
Muhammad Nazim Hayazi

DIVISI DANA DAN TAJAAN
Ustazah Faridah Hj Mohd Sairi
Ahmad Hafiz Jaafar
Bidasari Hissan

DIVISI PETUGAS DAN SUKARELAWAN
Ustazah Norhayati Othman
Suraidaa Yusof
Atiqah Che Aziz

DIVISI PENERBITAN DAN PUBLISITI
Ustaz Muhammed Yusof
Mohd Najib Mohd Noor
Mohamad Faizal Mohamad Shamsudin
KOORDINASI GERAI DAN JUALAN
Suzana Muhamad Zain
Faisal Fadzil

Syahira Jabaruddin

DIVISI PENGANGKUTAN
Juwairiah Hassan
Masitah Mohd Ali
Mohd Saiful Azzam Shukor


A.2 Struktur Organisasi Pelaksana Tindakan Program

D’OPENING
Penasihat : Prof. Madya Mohd Kamil Abd Majid
Ex-Officio : Siti Arifah Mahfuzah Hj Ab Razab
Pengarah : Arif Deraof

D’WISDOM
Penasihat : Prof. Ab Aziz Mohd Zin
Ex-Officio : Nor Hawati Mat Salleh
Pengarah : Ahmad Razis Abd Rahim

D’ART
Penasihat : Ybhg. Ustazah Nor Raudah Hj Siren
Ex-Officio : Noor Karimah Harun
Pengarah : Mohd Hamdan Rosli

D’HALAQAH
Penasihat : Ybhg. Ustaz Roslan Mohamed
Ex-Officio : Syed Ahmad Faiz Syed Mahmad Hadzari
Pengarah : Nursyazrin Nazee Mudeen

D’ENTERTAIN
Penasihat : Sdri. Juwairiah Hassan
Ex-Officio : Khairul Izza Jalil
Pengarah : Mohamad Hakim Naseruddin


D’INFO
Penasihat : Ybhg. Ustaz Muhammed Yusof
Ex-Officio : Nurul Hidayah Ismail
Pengarah : Siti Salmah Abi Suffian

D’SMALL STARZ
Penasihat : Ybhg. Ustazah Norhayati Othman
Ex-Officio : Sheikh ‘Umar Bagharib Ali
Pengarah : Nor Suhada Zubir

D’MASYK
Penasihat : Dr. Fakhrul Adabi Abdul Kadir
Ex-Officio : Rohaizah Jamil
Pengarah : Nazatul Shima Mohamad

D’CINE
Penasihat : Sdra. Faisal Fadzil
Ex-Officio : Nor Hazila Abdul Rahim
Pengarah : Nurimawati Idrus

D’DIALOGUE
Penasihat : Prof. Madya Dr. Khadijah Khambali@Hambali
Ex-Officio : Sharifah Azliza Syed Alwi
Pengarah : Mohd Hafizul Shaari

D’XPDC
Penasihat : Ybhg. Ustazah Faridah Hj Mohd Sairi
Ex-Officio : Siti Mashitah Ismail
Pengarah : Nor Aisyah Abu Bakar

D’CLOSING
Penasihat : Pn. Suzana Muhamad Zain
Ex-Officio : A’bidah Yahya
Pengarah : Nurfadhilah Mohd Sahrom

..:: Nak Tahu Berapa Anggaran Kos Projek? ::..

1. Anggaran Pendapatan

Peruntukan APIUM
RM 5000
Tajaan MAIS
RM 8000
Tajaan Luar
RM 48100
Jualan Tiket Konsert (D’ENTERTAIN)
RM 2 x 500
RM 1000
Yuran Bengkel (D’ART)
RM 2 x 200
RM 400
Sewa Tapak Jualan
RM 100 x 10
RM 1000
Hasil Jualan Produk
RM 2000
JUMLAH
RM 70000

2. Anggaran Perbelanjaan
Jamuan Dif/Penceramah/Artis
RM 20 x 100
RM 2000
Jamuan Peserta/Hadirin (ringan)
RM 3 x 200 x 4kali
RM 2400
Jamuan Peserta/Hadirin (berat)
RM 8 x 200 x 2kali
RM 3200
Jamuan Krew
RM 20 x 10
RM 200
JamuanAhliJawatanKuasa(D’CLOSING)
RM 10 x 100
RM 1000
Cenderahati Penceramah/Agensi
RM 250 x 30
RM 7500
Cenderahati Dif/Perasmi/Pengadil
RM 50 x 8
RM 400
Cenderahati Persembahan/Gimik
RM 300 x 5
RM 1500
Cenderahati Wakil Sekolah
RM 50 x 10
RM 500
Bahan Dakwah dan Cenderahati D’XPDC
RM 6 x 200
RM 1200
Juruteknik
RM 50 x 11
RM 550
Sewa Basikal
RM 5 x 200
RM 1000
Percetakan
RM 5 x 600
RM 3000
Fail Seminar
RM 5 x 200
RM 1000
Sijil Seminar
RM 1.5 x 200
RM 300
Rakaman D’HALAQAH
RM 30000
Hadiah Pertandingan Nasyid
RM 800
Hadiah Pertandingan Pidato
RM 1300
Sekretariat dan Perhubungan
RM 3000
Modal Jualan Produk Per. Daie
RM 1200
Pengangkutan dan Logistik
RM 3000
Banner
RM 250 x 4
RM 1000
Banting
RM 50 x 4
RM 200
Buku Cenderamata
RM 5 x 80
RM 400
Brosur
RM 0.50 x 600
RM 300
Kertas A4
RM 10 x 20 rim
RM 200
Tag Nama Peserta
RM 2 x 600
RM 600
Tag Nama Urusetia
RM 2 x 100
RM 200
Poster
RM 2 x 50
RM 100
Alat Tulis
RM 200
Awasan
RM 1750

JUMLAH
RM 70000

D'OPENING
PERASMIAN PEMBUKAAN PERKAMPUNGAN DAIE
17 FEBRUARI 2008 (AHAD)
DEWAN KULIAH UTAMA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
7:45 MALAM - 10:30 MALAM

PENGENALAN

Majlis Pembukaan gilang gemilang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya. Majlis ini diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh juara Akademi al-Quran 2, saudara Anuar Hasin. Bertamakan "Dakwah Masyarakat Majmuk" malam perasmian ini disajikan persembahan kebudayaan pelbagai bangsa yang terdapat di Malaysia seperti pertunjukan silat, tarian singa, silambam dan banyak lagi. Jadi, datanglah beramai-ramai ke program d'opening ini.

TENTATIF

08:00 pm Ketibaan hadirin
08:30 pm Ketibaan dif-dif kehormat beserta paluan kompang
08:40 pm Ucapan pengacara majlis
Bacaan doa
Bacaan al-Quran
09:00 pm Ucapan aluan pengarah program
09:10 pm Ucapan perasmian
09:30 pm Perasmian beserta gimik silat
09:40 pm Persembahan kebudayaan cina dan india
10:00 pm Persembahan multimedia ( Islam dan Perpaduan Kaum : Islam Agama Sejagat)
10:10 pm Penyampaian cenderahati
10:15 pm Jamuan ringan dan bersurai

D’WISDOM
WACANA ILMIAH PSIKOLOGI DAKWAH
18 FEBRUARI 2008 (ISNIN)
BALAI ILMU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
8:00 MALAM - 10:45 MALAM



PENGENALAN

Mengupas secara psikologi dan ilmiah "teknik dan strategi mengubah tingkah laku manusia", wacana ini mampu memberikan input-input yang sangat bermanfaat kepada hadirin. Wacana ini akan disampaikan oleh Ustazah Mariam Abdul Majid, pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor.


TENTATIF

8:00 Ketibaan hadirin
8:15 Ketibaan penceramah
8:25 Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Nasyid asma’ al-husna
8:30 Wacana Ilmiah bermula
10:00 Soal jawab dan konklusi
10:30 Penyampaian cenderahati kepada penceramah
10:45 Bersurai


D’ART
BENGKEL KEMAHIRAN MELUKIS DAN MENULIS UNTUK BERDAKWAH
19 FEBRUARI 2008 (SELASA)
BALAI ILMU
BILIK SEMINAR 2
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
8:00 - 11:00 MALAM

PENGENALAN

Mendedah dan melatih peserta kaedah-kaedah melukis komik dan menulis skrip drama kontemporari sebagai salah satu metode dakwah. Melalui pelukis (Alwan Comics Group) dan penulis skrip drama (Hj. Abu Hassan Morad) berpengalaman serta Islamik, bengkel ini mampu mendedahkan teknik dakwah yang menarik serta mencungkil bakat yang terpendam di dalam diri mahasiswa.

TENTATIF

8:00 Pendaftaran peserta
8:25 Ucapan aluan pengacara majlis
8:30 Ceramah kemahiran
Melukis komik oleh : Alwan Comic Group
Menulis skrip drama : Ybhg. Hj. Abu Hassan Morad
10:15 Bengkel Praktikal kemahiran
10:55 Penyampaian cenderahati
11:00 bersurai

D’CINE
PAWAGAM PERDANA DAKWAH
20 FEBRUARI 2008 (RABU)
DEWAN KULIAH UTAMA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
8:00 MALAM - 10:30 MALAM

PENGENALAN

Panggung Wayang versi Islam ini dibuka bertujuan menyampaikan mesej dakwah melalui media panggung wayang yang amat popular di kalangan muda mudi dan dewasa zaman ini. Dengan media ini, mad’u dapat menerima mesej dakwah dengan lebih santai.

TENTATIF
8:00 Kehadiran penonton
8:15 Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Nasyid asma’ al-husna
8:30 Tayangan dimulakan
10:00 Diskusi Filem
10:30 bersurai


D’ENTERTAIN
KONSERT HIBURAN DAKWAH MENDIDIK JIWA
21 FEBRUARI 2008 (KHAMIS)
DEWAN KULIAH UTAMA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
8:00 MALAM - 10:30 MALAM


PENGENALAN

Menampilkan penyanyi nasyid tanah air, kumpulan Far East dalam mendekati peminat-peminat muzik. Selain itu, diselitkan sajak dan rakaman temu bual bersama artis nasyid rap Amerika, Native Deen. D’Entertain mendekatkan para mahasiswa kepada didikan dan nasihat melalui hiburan sekaligus menjauhkan mereka dari hiburan yang melalaikan jiwa dan minda.

TENTATIF
8:00Ketibaan hadirin
8:20 Ketibaan artis jemputan
8:25 Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Nasyid asma’ al-husna
8:30 Persembahan nasyid artis jemputan
Oleh : Kumpulan Far East
9:15 Deklamasi sajak dan tayangan temu bual Native Deen
9:45 Sambungan
persembahan nasyid artis jemputan
10:30 Bersurai

D’INFO
PAMERAN AGENSI DAKWAH
20 - 24 FEBRUARI 2008 (RABU - AHAD)
RUANG LEGAR BLOK A DAN BALAI ILMU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
10:00 PAGI – 5:00 PETANG



PENGENALAN

Pameran yang disertai oleh agensi-agensi yang beroreantasikan dakwah samada agensi kerajaan mahupun agensi bukan kerajaan. Melalui pameran ini, mahasiswa akan mendapat informasi berkenaan agensi-agensi tersebut dan aktiviti dakwah yang mereka jalankan. Agensi-agensi yang terlibat juga akan berdialog bertujuan berkongsi pendapat berkenaan isu seputar dakwah masyarakat kontemporari.

TENTATIF
10:00 PAGI Pameran berlangsung
2:30 PETANG Dialog agensi (Jumaat sahaja)
Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Sesi dialog
Penyampaian cenderahati
5:00 PETANG bersurai (Jumaat sahaja) /
pameran tamat

D’SMALL STARZ
PIDATO DAIE CILIK
22 FEBRUARI 2008 (JUMAAT)
DEWAN KULIAH UTAMA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
8:00 MALAM - 10:30 MALAM


PENGENALAN

Pertandingan pidato cilik yang melibatkan pelajar di peringkat sekolah rendah. Mereka akan beraksi di Universiti Malaya ini. Saksikan bakat pidato dakwah mereka yang menggelikan dan menyetuh hati. Mereka inilah yang diharapkan akan menjadi pelapis daie pada masa hadapan.


TENTATIF

8:00 Ketibaan peserta dan hadirin
8:15 Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Nasid asma’ al-husna
8:30 Ucapan perasmi
8:40 Perasmian beserta gimik dan penyampaian cenderahati kepada perasmi
8:45 Memperkenalkan para pengadil dan peringatan syarat pertandingan
9:00 Pertandingan sesi 1
9:30 Rehat (pesanan penaja)
9:40 Pertandingan sesi 2
10:10 Rehat (kiraan markah)
10:20 Penyampaian hadiah kepada pemenang
Penyampaian penghargaan kepada wakil sekolah
Penyampaian cenderahati kepada pengadil pertandingan
10.30 bersurai

D’MASYK
SEMINAR DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK
23 FEBRUARI 2008 (SABTU)
DEWAN KULIAH UTAMA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
8:30 PAGI - 4:30 PETANG


PENGENALAN

Seminar ini mendedahkan kebudayaan dan agama Hindu, Buddha dan Kristian yang terdapat di Malaysia dari suatu sudut kehidupan mereka dalam usaha menjalinkan hubungan baik dengan mereka serta membuka peluang-peluang menyampaikan mesej dakwah kepada mereka.

TENTATIF

08:30 Pendaftaran peserta seminar
09:00 Pembentangan 1 : “Memahami Kitab Veda dan al-Quran”
Cadangan Pembentang : Ustaz Mohd Fitri Abdullah (PERKIM)
10:00 Soal Jawab
10:45 Rehat dan makan pagi
11:15 Pembentangan 2 : “Memahami Kitab agama Buddha dan al-Quran
Cadangan Pembentang : Ustaz Danial Hakim Boey (MACMA)
12:15 Soal Jawab
13:00 Rehat, makan t/hari dan solat
14:00 Pembentangan 3 : “Memahami Kitab Bible dan al-Quran
Cadangan Pembentang : Ustaz Hj Muhamad Abdullah Nicholas Sylvester (JIM)
15:00 Soal Jawab
15:45 Taklimat daripada Unit Dakwah Global BPI MAIS
16:00 Perasmian Penutup dan penyampaian cenderahati
Oleh : Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin (Timb. Setiausaha MAIS)
16:30 Jamuan ringan dan bersurai

D’DIALOGUE
DIALOG ANTARA AGAMA
24 FEBRUARI 2008 (AHAD)
DEWAN KULIAH UTAMA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
8:30 PAGI - 12:30 TENGAHARI


PENGENALAN

Meja bulat yang diwakili pelbagai wakil agama (Islam, Kristian, Buddha dan Hindu) bertandang untuk membincang dan mengupas isu dari sudut agama masing-masing. Lihatlah kehebatan mereka dalam menghuraikan tajuk "The Basis Belief According to Religious Scripture". Dialog ini dapat memberi gambaran serta latar belakang sesuatu agama seterusnya dapat mengenali agama-agama tersebut dengan lebih mendalam.

TENTATIF

8:00 Kehadiran peserta
8:15 Kehadiran panelis
8:30 Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan doa dan tafakur
8:45 Dialog bermula
11:00 Soal Jawab dan kesimpulan dialog
12.30 Makan tengah hari dan bersurai

D’XPDC
KEMBARA DAKWAH BERTEMU MASYARAKAT
24 FEBRUARI 2008 (AHAD)
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA DAN SEKITAR UNIVERSITI MALAYA
2:30 - 5.45 PETANG

PENGENALAN

Aktiviti dakwah turun ke padang untuk berjumpa mad’u ini adalah untuk mendekatkan hubungan sosial para pendakwah dengan masyarakat. Selain itu, D’XPDC juga akan mengunjungi Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menziarahi pesakit-pesakit di sana sebagai salah satu aktiviti kebajikan. Dengan kerjasama pihak HEP dan unit keselamatan Universiti Malaya, ekspidisi pendakwah berbasikal ini menjanjikan suatu ekspidisi yang lain dari yang lain. Sertailah..anda akan merasai kehebatannya.
TENTATIF

2:30 Peserta berkumpul dan mendaftar di Gazebo
2:45 Taklimat perjalanan program
3:00 Ekspidisi pendakwah berbasikal ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (ziarah dakwah)
4:30 Solat Asar berjamaah
4:50 Ekspidisi pendakwah berbasikal ke sekitar Universiti Malaya (menyampaikan mesej Islam melalui material bacaan)
5:30 Berkumpul semula di Gazebo
5:35 Penyampaian sijil penyertaan
5:45 Jamuan ringan dan bersurai

Wednesday, November 28, 2007

D’CLOSING
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PENUTUPAN PERKAMPUNGAN DAIE
24 FEBRUARI 2008 (AHAD)
BALAI ILMU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
8:00 MALAM - 10:30 MALAM

PENGENALAN
Majlis penutupan yang akan disempurnakan oleh Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Penilaian terhadap program akan disimpulkan. Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata kepada Ahli Jawatan Kuasa Perkampungan Daie diserahkan dalam majlis ini. Majlis ini sebagai manifestasi kesyukuran kerana telah selesai menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan Perkampungan Daie.

TENTATIF
8:00 Ketibaan Ahli Jawatan Kuasa
8:20 Ketibaan dif-dif kehormat
8:30 Ucapan aluan mengacara majlis
Bacaan doa
Nasyid asma’ al-husna
8:40 Ucapan Pengarah Perkampungan Daie merangkap Ketua JDPI
9:00 Ucaptama Pengarah Akademi Pengajian Islam
9:20 Persembahan multimedia (Peristiwa Sepanjang Perkampungan Daie)
9:30 Penyampaian cenderahati kepada Ahli Jawatan Kuasa Perkampungan Daie
10:00 Jamuan makan malam
10:30 Bersurai

11hb 2 2008- berlangsung sidang media PD. media yang hadir daripada majalah Anis, akhbar Sinar Harian, akhbar Utusan dan TV9
09hb 2 2008- pertemuan pihak PD dengan Bro. Lim Jooi Soon di Ampang membincangkan berkenaan d'dialog
05hb 2 2008- penambahan peserta d'small starz seramai 2 orang menjadikan keseluruhan penyertaan seramai 7 orang.alhamdulillah..
04hb 2 2008- pihak PD menerima surat daripada MAIWP yang ingin menyumbangkan RM4000, tambahan kepada sumbangan pada 8hb1 2008. Jadi jumlah sumbangan MAIWP keseluruhan ialah RM10.000.
Amanah Raya Berhad memberitahu pihak PD mereka bersedia menyumbangkan barangan untuk keperluan PD. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberitahu pihak PD mereka akan menampung perbelanjaan makanan sepanjang PD dalam kadar tertentu. syukran jazilan serta setinggi-tinggi penghargaan pihak PD ucapkan kepada semua yang sudi menyumbang.
01hb 2 2008- mesyuarat penyelarasan diadakan di kafe kk12
25hb 1 2008- mesyuarat tergempar d'halaqah diadakan.keputusannya d'halaqah terpaksa ditangguh..4 penyertaan d'small starz diterima pihak PD..
23hb 1 2008-perjumpaan besar-besaran sukarelawan PD di Balai Islam kk10
22hb 1 2008- surat-surat d'small starz dihantar ke sekolah-sekolah rendah agama kawasan Lembah Pantai
21hb 1 2008- wakil PD ke pejabat YPEIM untuk memohon sokongan dana
18hb 1 2008- wakil PD berbincang dengan wakil MAIWP tentang kerjasama yang berterusan
17hb 1 2008- pihak PD berbincang dengan wakil Muslim Aid untuk bekerjasama namun tiada sebarang kata putus
15hb 1 2008- tarikh penyertaan d'small starz dilanjutkan lagi setelah mendapat maklum balas yang kurang memuaskan
14hb 1 2008- pihak PD telah menerima sumbangan sebanyak 500 buah majalah daripada Karangkraf
8 hb 1 2008 -
pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju untuk menyumbang kepada PD sebanyak RM 6000. syukran jazilan serta setinggi-tinggi penghargaan pihak PD ucapkan
7 hb 1 2008 - Syarikat Karangfkraf bersetuju untuk menyumbangkan 1000 naskah buku keluarannya kepada pihak PD. syukran jazilan serta setinggi-tinggi penghargaan pihak PD ucapkan
6 hb 1 2008 - rehat
5 hb 1 2008 - rehat
4 hb 1 2008 - Pihak PD ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk memohon sumbangan
3 hb 1 2008 - perbincangan ringkas pihak PD dengan wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). kerjasama dijalinkan.
2 hb 1 2008 - mesyuarat antara pihak PD dengan Unit Dakwah Global Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor (UDG BPI MAIS) berlangsung. Pihak MAIS bersetuju menaja Program D'MASYK.
1 hb 1 2008 -
suatu perbincangan ringkas pihak PD dengan wakil Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya berlangsung
31 hb 12 2007 - gerak kerja call, faks and follow up diteruskan. wakil PD menemui Saudara Nabil (kump. Far East) untuk mengukuhkan perjanjian D'Entertain.
30 hb 12 2007 - emel perkampungan daie telah diaktifkan. sebarang makluman/pertanyaan/cadangan dan sebagainya boleh dihantar ke emel : perkampungan_daie@yahoo.com atau boleh terus post a comment yang tertera dalam blog.
29 hb 12 2007 - beberapa item dirombak dalam blog ini. 1)perbelanjaan meningkat daripada RM 65000 kepada RM 70000. 2)tarikh program d'cine diubah dari 23 hb 2 2008 ke 20 hb 2008. 3)program d'opening bergabung dengan program d'halaqah pada 17 hb 2 2008.
28 hb 12 2007 - mesyuarat antara pihak PD dengan wakil Jamaah Islah Malaysia. kerjasama dijalinkan bagi melancarkan lagi perjalanan PD.
27 nb 12 2007 - pihak penganjur memerlukan dana segera untuk menampung perbelanjaan gerak kerja. setakat ini pihak penganjur hanya menggunakan wang saku bagi menggerakkan jentera projek. diharapkan sesiapa yang sudi membantu dari sudut dana, bolehlah menyalurkannya ke akaun CIMB Bank atas nama Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan : (No Akaun :1440-0009135-05-8). Semoga Allah membalas jasa baik para penyumbang.
26 hb 12 2007 - surat-menyurat tajaan telah diserahkan kepada pihak pengurusan untuk diproses. kumpulan nasyid Far East dipilih sebagai penghibur dalam program d'entertain. 1 mesyuarat antara pihak PD dengan pihak TV9 diadakan. hasilnya, program d'halaqah diubah ke tarikh 17 hb 2 2008 supaya siaran secara langsung dapat diadakan.